Trending

Empat filem terbaik, dua anugerah khas juri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Malaysia merangkul empat anugerah filem pendek terbaik dan dua anugerah khas juri sempena Festival Filem Pendek ke-17 anjuran anjuran Program Sinematografi, Unimas secara maya, semalam.

Objektif festival adalah untuk menyediakan platform kepada bakat-bakat baharu dengan tujuan menggalakkan mereka untuk menerajui sinema Malaysia suatu hari nanti.

Pengarah festival Yow Chong Lee berkata, anugerah yang diterima tahun ini merupakan rekod terbaharu kerana mencatat banyak kemenangan. “Sebelum ini, kami hanya menang empat anugerah bagi dua kategori filem pendek terbaik dan anugerah khas juri,” katanya.

Sehari sebelum majlis, ahli panel dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Jerman sebulat suara bersetuju pemilihan dan penilaian filem pendek ini dilakukan melalui webinar.

Tambah Chong Lee, filem pendek merupakan langkah pertama yang membuka peluang untuk menghasilkan sebuah filem panjang.

“Misalnya, pembuat filem fiksyen sedia ada memulakan kerjaya mereka dengan menghasilkan filem pendek sejak lima atau 10 tahun lalu,” katanya.

Salah seorang juri dari Jerman juga penerbit filem serta pengarah seni, Maike Mia Höhne berpendapat, penghakiman dilakukan daripada kata sepakat semua juri bagi mengelakkan berlakunya berat sebelah. Manakala juri dari Indonesia, Lulu Ratna menyifatkan filem pendek yang dihasilkan pelajar tahun ini lebih matang, berkualiti dan mampu memberikan pengalaman menarik kepada barisan juri untuk menerokai cara hidup orang Malaysia.

Lorna Tee juri dari Malaysia pula berkata, kematangan yang tinggi tanpa penggunaan unsur drama berlebihan, misalnya dalam filem Pulang arahan Yam Kin Wai.

“Keunikan cerita, sinematik yang lengkap dari aspek penulisan skrip dan penyuntingan melayakkan filem Bagan dari Malaysia arahan Bernard Chauly menang Filem Pendek Terbaik (kategori pelajar),” tambah pengarah ikonik Bernard Chauly.

Filem Pendek Terbaik (kategori terbuka) berjudul Were The Sun and The Moon to Meet dimenangi Nadira Ilana dari Sabah.

Anugerah Juri Khas diberikan kepada tiga filem pendek yang bertajuk Burung-Burung karya Anwar Johari Ho, filem Ayahku, Dr. G karya Hidayah Hisham dan Who the F**k Are You karya Ng Kai Soong.

Manakala, dua filem pendek Menanti Kau Pulang arahan Izaq Yuzaini dan filem pendek Echo karya Jeremy turut menerima penghargaan khas atas usaha mereka menyampaikan isu semasa dengan kreatif.

Filem Menanti Kau Pulang mengisahkan penjaga pesakit alzheimer semasa pandemik dan filem Echo diilhamkan daripada cerita rakyat mengenai sape.

Minggu panjang MMF ke-17 yang berakhir Ahad lalu sejak bersiaran pada 17 Julai lalu menyiarkan 47 filem dan tiga webinar dengan rekod penyertaan dan tontonan tertinggi.

Festival ini menerima lebih daripada 1,100 pendaftaran penonton dengan jumlah tontonan yang tinggi dari Malaysia.

Satu lagi rekod pencapaian untuk festival kecil yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar dan pensyarah dari Unimas secara dalam talian.

Ia mencerminkan moto festival yang memaparkan festival berskala kecil namun bercita-cita besar bertujuan mewujudkan apresiasi filem dalam kalangan penonton di Malaysia dan seluruh dunia walaupun sedang berhadapan cabaran pandemik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bit.ly/17thMFF untuk muat turun e-Booklet festival secara percuma.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru