ARTIKEL

Empat import baharu Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF…Iswandy Ali Hassan.

KUCHING: Tonik berganda bagi skuad Kuching City FC (KC FC) dalam mengharungi kempen Liga Super 2023.

Barisan kendalian jurulatih berpengalaman luas, Irfan Bakti Abu Salim, akan menerima kemasukan empat import baharu dari negara Uzbekistan, Burundi, Serbia dan Timor Leste.

Ketua Pegawai Eksekutif KC FC, Iswandy Ali Hassan berkata, ia sekali gus menjadikan semua tenaga import dalam kem The City Boys ketika ini enam orang termasuk Abu Kamara dan Yuki Tanigawa yang masih dikekalkan dalam skuad terbabit.

“Setakat ini ada enam orang pemain import Kuching City dengan termasuk empat muka baharu,” ujar Iswandy kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, besar kemungkinan berlaku pertambahan terhadap kouta import dalam pasukannya.

Ini kerana pihaknya ketika ini masih dalam rundingan dengan seorang lagi pemain pertahanan musim ini, Aylton Ferreira Ananias.

“Dia masih dalam pertimbangan dan belum ada keputusan sama ada akan terus kekal bersama Kuching City atau tidak,” tambah Iswandy.

Sambil itu, beliau menyatakan pihaknya hanya akan mengumum secara rasmi barisan pemain import baharu sebaik sesi latihan kembali bermula pada 23 Disember ini.

 

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU