Empat import buru tempat

EMPAT pemain dari benua Afrika dan Jepun bakal mengikuti sesi latihan pemilihan import asing untuk pasukan Kuching FA bagi musim Liga Premier 2020 pada hari ini.

Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, tiga pemain import asing dari benua Afrika dan seorang dari negara Jepun yang akan mengikuti sesi latihan pemilihan.

“Pada Sabtu ini, kita menjangkakan empat pemain import asing yang akan datang dan mengikuti sesi latihan pemilihan.

“Setakat ini, kita telah mengenal pasti ciri-ciri pemain import asing yang diperlukan serta bersesuaian dengan corak permainan pasukan,” katanya semasa dihubungi Suara Sarawak semalam.

Katanya, antara ciri-ciri yang dicari ialah bahagian penyerang yang bagus, bahagian tengah yang kreatif dan mempunyai ketinggian untuk bahagian pertahanan.

Menurutnya, pemain dari Brazil, Marcio Gleydson Da Silva Santos akan berlatih bersama pasukan Kuching FA sehingga hari Sabtu untuk sesi pemilihan.

“Apa yang penting sekali dalam pengambilan pemain import asing mengikuti ketetapan bajet pasu-
kan,” ujarnya.

Setakat ini, terdapat beberapa wajah baharu pemain import asing yang mengikuti sesi latihan pemilihan seperti Akira Higashiyama dari Jepun dan Marcio Gleydson Da Silva dari Brazil.