ARTIKEL

Gambar hiasan Freepik.com

Empat individu didenda RM500 main holo di kedai kopi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki dan tiga warga emas yang duduk melepak di kedai kopi sambil bermain holo, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan berjudi di tempat awam.

Peter Bong, 50, Berjieri Mat, 76, Tan Piat Boon, 68, dan Chee Wee Kiong, 78, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan terbuka di Jalan Power di sini, sekitar jam 11.50 pagi, 13 Februari lepas.

Majistret Zubaidah Sharkawi memerintahkan kesemua tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua minggu sekiranya gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, sepasukan polis melakukan serbuan Op Limau di sebuah kedai makan terbuka telah menangkap kesemua tertuduh kerana bermain judi holo di tempat awam.

Barang-barang turut dirampas seperti tin aluminium holo, sekeping kertas berlukis gambar labu, ikan, harimau, ayam, ketam dan udang, serta wang tunai berjumlah RM985.

Hasil siasatan daripada laporan pakar judi mengesahkan barang-barang yang dirampas digunakan untuk permainan judi holo.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin Manakala kesemua mereka diwakili Peguam Lim Lian Kee.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU