KUCHING: Empat kawasan di Sarawak dalam kategori Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sangat Tidak Sihat.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(JPBN) Ismail Mahedin, setakat jam 8.00 pagi ini, bacaan IPU mencatatkan peningkatan di Kuching(242) dan Sarikei(206) manakala Samarahan dan Sri Aman mencatatkan penurunan dengan bacaan pada 244 dan 201 dalam kategori Sangat Tidak Sihat.
Jelas Ismail, bacaan IPU tidak sihat turut dicatatkan di Miri(102), ILP Miri(145), Sibu(175) dan Mukah(125).
Katanya, bacaan IPU sederhana dicatatkan di SK Baram(96), Bintulu(99), Samalaju(91), Kapit(96), Limbang(85).
“Setakat ini, terdapat 40 titik panas terdapat di Kuching dan satu titik panas di Brunei.
“Kalimantan pula mencatatkan 646 titik panas manakala di Sumatera pula terdapat 116 titik panas,” katanya.