Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Empat kluster baharu akibat pergaulan sosial

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak empat kluster komuniti diisytiharkan hari ini yang dikesan di Daerah Meradong, Kanowit, Tatau dan Pakan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kluster Sungai Kotak di Daerah Meradong dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan upacara pengebumian, pergaulan sosial dan kontak rapat dikalangan penduduk.

Kata JPBN, 34 kes termasuk kes indeks dikesan positif Covid-19 hasil saringan 101 individu.

Manakala katanya, 25 kes didapati negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan
dan rawatan lanjut,” jelasnya.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan, Kluster Nanga Tada yang diisytihar hari ini dikesan melibatkan tiga buah rumah panjang di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit.

Jelasnya, perebakan jangkitan berlaku melalui aktviti miring pra sambutan hari Gawai pada 31 Mei lalu serta pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk setempat sehingga jangkitan generasi kedua

Baca lain  Jangan panik jika raya mengejut

“Sejumlah 179 individu telah disaring di mana 107 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks.

“Sebanyak 70 kes didapati negatif dan dua kes masih menunggu keputusan makmal. Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dimasukkan ke Hospital Sibu, Hospital Kanowit dan PKRC di daerah Kanowit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” katanya.

Manakala kata JPBN, Kluster Jalan Kuala Tatau di Kuala Tatau, Sungai Semanok Daerah Tatau dikesan melibatkan rumah panjang di bawah PKPD berikutan pergaulan sosial dan kontak rapat dikalangan penduduk.

Katanya, hasil saringan 29 individu mendapati 22 kes termasuk kes indeks dikesan positif Covid-19.

Tambahnya, tujuh kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal sementara kes positif Covid-19 telah dirujuk dan
dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Mengenai Kluster Tanjong Lelengau yang dikesan di Daerah Pakan, JPBN berkata kluster tersebut melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD berikutan pergaulan sosial dan kontak
rapat dalam kalangan penduduk.

Baca lain  ATM, mesin deposit beroperasi sepenuhnya - BNM

Jelasnya, seramai 90 individu telah disaring dan hasil saringan mendapati 52 kes termasuk kes indeks dikesan positif Covid-19.

“Sebanyak 33 kes didapati negatif manakala lima kes lagi masih menunggu keputusan makmal.

” Kesemua kes positif Covid-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBN memberitahu sebanyak empat kluster telah diisytiharkan tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

Katanya, kluster berkenaan adalah Kluster Tebedu Mawang, Tebedu, Kluster Nanga Skrang, Sri Aman, Kluster Bukit Temedak, Pakan dan Kluster Tanjung Bundong, Samarahan.

Tambah jawatankuasa itu, sebanyak 97 kluster masih aktif dengan 18 kluster aktif telah merekodkan 192 penambahan kes baharu manakala 79 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru