Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Empat kluster baharu libatkan komuniti di Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sebanyak lima lagi kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan empat daripadanya di daerah Kuching melibatkan kluster komuniti.

Menurut Jawatankuasa Pengurusa Bencana Negeri (JPBN), itu menjadikan sejumlah 78 kluster masih aktif di negeri ini, namun hanya tujuh kluster yang merekodkan kes baharu.

“Ia merupakan Kluster Kampung Paya Mebi (21 positif), Kluster Kampung Quop (12 positif), Kluster Kampung Senari (25 positif) dan Kluster Telaga Air (34 positif) di Kuching,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.



Mengulas lanjut, JPBN berkata seterusnya melibatkan Kluster Sungai Mangga di Simunjan yang melibatkan tempat kerja.

“Kluster ini melibatkan pekerja dan penghuni rumah sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di Sungai Mangga dengan 55 orang disahkan positif, manakala 105 didapati negatif,” ujarnya.

JPBN turut memberitahu, lima kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Putai di Bukit Mabong, Kluster Kampung Tabuan Haji Drahman di Kuching, Kluster Iris Garden di Kuching, Kluster Kampung Taba Sait di Kuching 5 Kluster Lorong Perlis Empat di Miri.

Dalam pada itu, daerah Betong bertukar status daripada merah kepada jingga selepas merekodkan 40 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News