ARTIKEL

Emergency staff's members work after a two-storey restaurant collapsed, killing four and injuring at least 17 people on Playa de Palma, south of the Spanish Mediterranean island's capital Palma de Mallorca, on May 23, 2024. Four people died and 17 were injured after the roof of a two-storey restaurant collapsed on Spain's Mediterranean island of Mallorca on May 23, 2024, AFP reported. (Photo by Jaime REINA / AFP)

Empat korban runtuhan bumbung restoran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PALMA: Runtuhan bumbung sebuah restoran di pulau pelancongan terkenal Mallorca di Sepanyol pada Khamis mengorbangkan empat jiwa, manakala 21 yang lain cedera, menurut penyelamat tempatan.

Perkhidmatan kecemasan dalam catatan di platform X mengatakan bahawa tujuh daripada mangsa berada dalam keadaan sangat serius manakala sembilan lagi mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di beberapa hospital.

Bangunan dua tingkat itu terletak di kawasan Playa de Palma di selatan ibu kota pulau Mediterranean itu, Palma de Mallorca.

Ia runtuh pada lewat petang Khamis. Pasukan bomba dikerahkan ke tempat kejadian, sementara ambulans membawa mangsa ke hospital.

Kawasan jalan itu ditutup oleh polis untuk membolehkan pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja mereka, menurut seorang wartawan AFP di lokasi.

Pasukan penyelamat meneruskan kerja di tempat kejadian untuk mencari lebih banyak mangsa terperangkap di bawah runtuhan, tulis mereka di X.

Punca sebenar runtuhan masih tidak diketahui. Bercakap kepada akhbar Ultima Hora, seorang anggota bomba menggambarkan keadaan di situ seperti mimpi ngeri.

Ujarnya, ketika dia tiba, orang ramai menangis dan menjerit di sekitar runtuhan di tingkat bawah.

Sementara Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, mengatakan beliau mengikuti rapat insiden runtuhan dahsyat yang berlaku di Pantai Palma.

“Kerajaan pusat juga bersedia untuk menghantar semua sumber yang diperlukan untuk membantu pihak berkuasa wilayah menjalankan tugas,” katanya.

Sanchez berkata, beliau turut bercakap dengan presiden wilayah Kepulauan Balearic, tempat terletaknya Mallorca dan Datuk Bandar.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU