Empat lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak, lapan ditamatkan

KUCHING: Sebanyak tiga lokaliti di Bintulu dan satu di Asajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 22 Jun hingga 8 Julai depan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, di Bintulu melibatkan Kuarters Sri Minah Timber, Rumah Sewa Beverly Hills dan Kuarters Union Engineering Bintulu (Signa Jaya).

“Manakala di Asajaya adalah Kampung Sadong Jaya Laut bermula 25 Jun hingga 8 Julai,” ujar JPBN.

Mengulas lanjut, JPBN berkata PKPD di lapan kawasan di negeri ini ditamatkan pada 23, 24 dan 26 Jun.

“Ditamatkan pada 23 Jun adalah di Kampung Baru, Kota Samarahan; Rumah Demong anak Li, Batu 8, Jalan Maskat Labang, Sebauh; Rumah Chali anak Ugok, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu; Blok D,G,H,I,O dan Q PPR Bandaria Park, Bintulu dan Kuarters Pekerja Kem Gabong Trading Sdn Bhd, Tatau.

“Sementara PKPD di Kampung Kolong 2, Kuching dan Rh. Jarop, Changkol, Lubok Antu ditamatkan pada 24 Jun, manakala 26 Jun di Rh. Mambang, Nanga Lingah, Julau,” tambah JPBN.

Suara Sarawak