ARTIKEL

Empat lelaki ditahan terlibat pergaduhan di pusat hiburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Empat lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di sebuah kasino di Genting Highlands semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.

“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati punca kejadian pergaduhan adalah salah faham antara mereka yang berada dalam kasino tersebut.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama dua hari bermula 7 hingga 8 April bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua yang ditahan telah dihantar ke Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di beberapa anggota badan berpunca daripada pergaduhan itu.

Pihak polis juga sedang mengesan saki-baki mereka yang terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)