ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Empat lelaki tempatan didenda RM500 miliki 418,440 batang rokok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat orang lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana gagal memberi keterangan kukuh memiliki 418,440 batang rokok pelbagai jenama dalam sebuah premis, empat tahun lalu.

Usman Ramli, 42, Tan Sie Hong, 42, Yeo Ngang Tong, 68, dan Tan Siew Ping, 44, masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Arang, kira-kira jam 7.45 pagi, 10 Julai 2019.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga bulan dan denda RM500.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1957 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh diwakili tiga peguam iaitu Gerald Empaling Donald, Steven Beti dan Timothy Finlayson Joel.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

21 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan

KUCHING: Seramai 21 warganegara asing telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menerusi Ops Selera, Ops Belanja dan Ops Kutip di sekitar bandar raya ini,

BERITA TERBARU

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.