Empat lelaki tempatan ditahan sabung ayam

MUKAH: Empat orang lelaki ditangkap kerana terlibat dalam satu aktiviti sabung ayam petang semalam.

Beberapa orang anggota Polis yang diketuai oleh Pegawai Serbuan Insp Mohd Haslee Sapiee iaitu Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mukah berjaya dalam serbuan pada 17 November 2019, jam 4.59 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) DSP Jimmy Panyau memberitahu Siasatan dbs 3 (1) Ordinan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Katanya, pada 17 November 2019, kira – kira jam 4.00 petang bertempat di kawasan lapang Jalan Kampung Jebungan 96400 Mukah Insp Mohd Haslee Sapiee telah mengetuai sepasukan anggota JSJ IPD Mukah telah membuat serbuan dan tangkapan serta membuat rampasan seperti berikut.

“Empat orang di tangkap lelaki berumur di antara 28 hingga 75 tahun berserta dengan satu buku tulis, satu unit meja plastik, Wang tunai bercampur campur berjumlah RM22.00, dua bilah taji ayam, satu unit alat penimbang, satu batang marker pen, dua ekor ayam hidup, tiga ekor ayam mati, satu unit kanvas hijau, satu gulung tali dan satu papan tanda putih.

“Tangkapan dan rampasan dibuat D/S 3(1) Ordinan Penganiayaan terhadap Binatang 1962.

“Kesemua saspek akan di pohon reman pada 18 November 2019.”tambah beliau lagi.

Suara Sarawak