ARTIKEL

Empat mahkamah baharu akan dibina di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat Mahkamah baharu dijangka akan dibina di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia akan dibina di daerah Limbang, Sri Aman, Mukah dan Kapit.

Justeru, beliau berharap cadangan projek itu dapat dipertimbangkan oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Cadangan juga sudah dibuat kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga sangat peka dalam perkara ini.

“Soal tanah, ia boleh dibincangkan bersama kerajaan negeri atau agensi kerajaan lain,” katanya pada sidang media semasa lawatan ke Kompleks Mahkamah Kuching di sini, hari ini.

Beliau menambah mahkamah baharu itu diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan kepada hakim, majistret termasuk orang awam.

“Saya mendapati masih banyak mahkamah di Sarawak yang bersidang menggunakan bangunan yang berkongsi dengan jabatan kerajaan lain.

“Terdapat juga mahkamah iaitu hakim masuk ikut laluan orang awam. Sepatutnya hakim perlu ada jalan belakang untuk naik ke tempat duduk mereka,” katanya.

Wan Junaidi juga menegaskan bahawa Mahkamah baharu bukanlah soal layanan istimewa untuk Sarawak tetapi yang paling penting ialah menambah baik kemudahan kehakiman.

“Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya setiap bahagian mesti mempunyai mahkamah sendiri, antara lain, ia mempunyai tempat khusus untuk saksi mahkamah, ruang menunggu awam, kawasan prosiding, bilik mahkamah, bilik Hakim ataupun aluan berasingan untuk Juri ke bilik mahkamah,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU