Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Empat pangkalan baharu AS di Filipina

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MANILA: Empat pangkalan baharu tentera di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan yang Dipertingkatkan (EDCA) bersama-sama Amerika Syarikat (AS) bakal ditempatkan di beberapa bahagian Filipina termasuk wilayah berhadapan Laut Cina Selatan.

Lapor Reuters, pada bulan lalu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr membenarkan AS untuk mengakses di empat lokasi tersebut yang merupakan tambahan kepada lima lokasi sedia ada di bawah EDCA 2014.

Ia berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Laut Cina Selatan dan terhadap Taiwan.

“Terdapat empat lokasi tambahan ditempatkan di seluruh Filipina, sebahagian daripadanya di utara, sebahagian di sekitar Palawan, sebahagian lagi di selatan,” kata Marcos memberitahu wartawan selepas merasmikan ulang tahun penubuhan tentera Filipina.

EDCA memberi AS akses kepada pangkalanpangkalan tentera Filipina bagi latihan bersama, penempatan peralatan dan pembinaan kemudahan seperti landasan, tempat menyimpan minyak dan perumahan tentera, namun ia bukan kehadiran yang tetap.

Filipina dan Amerika Syarikat dijangka mengumumkan lokasi pangkalan tentera itu tidak lama lagi yang meningkatkan keupayaan negara itu untuk mempertahankan bahagian timur pulau terbesarnya, Luzon.

Baca lain  Taufan Lekima: Angka korban meningkat kepada 44 jiwa

Seorang bekas ketua tentera Filipina berkata secara terbuka bahawa As sudah meminta akses kepada pangkalan tentera di Isabela, Zambales dan Cagayan, kesemuanya di pulau Luzon yang menghadap Taiwan.

Selain itu, ia turut melibatkan pangkalan di Palawan yang terletak di barat daya, berhampiran dengan Pulau Spratly yang dipertikaikan di Laut Cina Selatan.

Beberapa pemimpin dari pemerintah tempatan di tapak EDCA yang akan dibina bagaimanapun menentang keputusan Marcos.

Mereka bimbang diheret ke dalam konflik jika berlakunya sebarang kejadian antara Amerika Syarikat dengan China terhadap Taiwan.

Namun Marcos berkata, pemerintahannya sudah berbincang betapa pentingnya akses yang diperluas bagi AS dan merupakan keputusan baik untuk wilayah mereka.

Bercakap di hadapan para tentera, Marcos mengingatkan agar berjaga-jaga memandangkan ancaman luar kepada keselamatan negaranya kini menjadi lebih rumit dan tidak dapat dijangkakan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru