ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG...Logo rasmi empat pasukan.

Empat pasukan berentap 14 April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Empat pasukan akan beradu nasib bagi memburu kejuaraan pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Segak FC 2024 yang akan disingkap tirainya 14 April depan.

Pasukan yang akan bertanding itu ialah Segak FC, SEDA United FC, Jagoi Arsenic dan Mambong FC.

Pengerusi Kejohanan, Gonzales Egoh Anak Micheal Wong memberitahu, saingan akan berlangsung di padang bola sepak SK Simpang Kuda.

“Empat pasukan akan beradu nasib untuk memburu kejuaraan kali ini yang akan bermula pada 14 April depan.

“Kita menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku pada setiap perlawanan kelak,” ujar Gonzales kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, format kejohanan adalah kalah singkir dan pasukan yang berjaya meraih kemenangan aksi pertaka akan membuat perhitungan untuk penentuan juara.

Berbanding dua pasukan yang tewas pula secara automatik menduduki tempat ketiga bersama.

Menurut Gonzales, hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala menanti pasukan yang berjaya muncul juara.

Manakala, pasukan yang muncul naib juara dan ketiga bersama masing-masing menerima hadiah piala.

Baca lain  Impian final musnah

Kejohanan terbabit dianjur oleh Kelab Bola Sepak Segak FC.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU

Pameran Kadet Bomba dapat sambutan hangat

LAWAS: SMK Trusan mengadakan Pameran serta Latihan Pasukan Kadet Bomba (Kawad Operasi) hari ini di sini. Seramai 97 pelajar bersama enam orang guru kadet dan