ARTIKEL

MAMPU CIPTA KEJUTAN...Pasukan Kaslo FC dari Sadong Jaya.

Empat pasukan buru gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau, Dato Sri Haji Julaihi Narawi merangkap Menteri Utiliti Dan Komunikasi Sarawak bakal terjawab.

Ia berikutan kejohanan berprestij yang dianjur setiap kali menjelang lebaran itu akan melabuhkan tirainya petang esok (Jumaat).

Empat pasukan iaitu BMR, Kaslo FC, Kembara II dan Family FA yang dilihat berpeluang untuk mencipta sejarah tersendiri menjulang mahkota juara edisi kali ini.

Namun, perlu melepasi halangan peringkat separuh akhir terlebih dahulu.

Hanya kemenangan, memuktamad perjalanan ke pentas final yang dijadual berlangsung pukul 3:00 petang esok.

Pengerusi Kejohanan, Osman Jamel menegaskan, esok bakal terjawab persoalan pasukan yang akan dinobat selaku juara edisi kali ini.

“Empat pasukan akan beradu nasib di peringkat separuh akhir terlebih dahulu.

“Kemenangan akan melayakkan pasukan yang berjaya meraih kemenangan ke pentas akhir sekali gus mengintai peluang bergelar juara,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas beliau, perlawanan peringkat separuh esok menyaksikan BMR akan menentang Kaslo FC (8:00 pagi)) dan Kembara II menentang Family FA (9:00 pagi).

Perlawanan akhir melibatkan dua pasukan yang berjaya meraih kemenangan berlangsung pukul 3:00 petang esok iaitu selesai perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan