ARTIKEL

PATI… Empat PATI yang dihantar semula ke negara asal.

Empat Pati diusir pulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan empat pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba memasuki negara ini di Sektor Op Awas/ Keris Parang di sini, pagi tadi.

Menurut kenyataan media TDM, ketika kejadian, Sub-Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri bersama-sama anggota Tentera Negara Indonesia-Angkatan Darat melaksanakan rondaan di kawasan keselamatan Biawak pada 11.45 pagi.

“Semasa melaksanakan rondaan, anggota ronda tentera mendapati tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berjalan dari arah sempadan Indonesia dan cuba untuk merentas ke Malaysia.

“Hasil pemeriksaan, empat Pati dalam lingkungan umur 26 hingga 50 tahun tersebut mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai,” kata kenyataan itu.

Kenyataan TDM turut memaklumkan, anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM5,150 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian.

Kesemua Pati dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

“Laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa,” jelas kenyataan itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU