ARTIKEL

Empat peratus penduduk Gaza maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LONDON: Lebih 90,000 orang iaitu sekitar empat peratus daripada penduduk di Gaza maut, cedera atau hilang menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada Jumaat.

Agensi kemanusiaan yang berpangkalan di Geneva itu menjelaskan bahawa serangan udara, darat dan laut Israel memusnahkan sekitar 70 peratus infrastruktur awam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Agensi itu mendakwa Israel menjadikan Semenanjung Gaza sebagai kawasan tidak dapat didiami, lapor Agensi Anadolu.

“Israel mendorong pengusiran ratusan ribu orang awam secara paksa,” menurut kenyataan EuroMed.

Beratus-ratus mayat masih berada di jalan raya, terutamanya di kawasan tentera Israel melakukan pencerobohan darat.

Serangan Israel adalah percubaan jelas untuk meluaskan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Gaza dengan melanggar undang-undang antarabangsa, merangkumi kemungkinan jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Merujuk kepada laporan bahawa Israel melarang bekalan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza dengan lebih kerap, Euro-Med mendakwa Israel menggunakan ‘kebuluran sebagai senjata’.

Ia mengulangi tuntutan agar pelapor khas Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu dan pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat pelanggaran yang didokumenkan secara meluas sejak Israel memulakan pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza. – Bernama-AA 

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta