ARTIKEL

Empat pesawat Belarus ditembak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Presiden Belarus Alexander Lukashenko memaklumkan yang pasukan tentera negara itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, dan menambah bahawa empat pesawat dilaporkan telah ditembak jatuh di ruang udara di selatan Rusia.

Lukashensko, 68, melawat markas tentera udara bekas negara Soviet itu, muncul semula di khalayak umum selepas hampir seminggu tidak kelihatan berikutan laporan yang mendakwa beliau tidak sihat.

Beliau memakai pakaian tentera, kelihatan muram dan tangannya berbalut.

Lukashenko mengatakan Belarus meletakkan pasukan tentera berjaga-jaga selama tiga hari berikutan insiden di wilayah selatan Rusia di sempadan dengan Ukraine.

“Tiga hari telah berlalu selepas peristiwa berhampiran kita, maksud saya di wilayah Bryansk, tempat empat pesawat ditembak jatuh”, kata Lukashenko tanpa memberikan butiran lanjut.

“Kami terpaksa bertindak balas,” katanya.

Pada Sabtu, rakaman beberapa pesawat Rusia yang terhempas di wilayah Bryansk tersebar di media sosial Rusia.

Satu video menunjukkan sebuah helikopter nampaknya telah disasar dan terbakar.

Walaupun kementerian pertahanan Rusia tidak mengulas, gabenor wilayah Bryansk, Alexander Bogomaz, mengesahkan sebuah helikopter terhempas di bandar Klintsy.

Pemimpin pembangkang Belarus, Svetlana Tikhanovskaya, yang melarikan diri ke negara jiran Lithuania selepas protes besar-besaran terhadap Lukashenko pada 2020, melalui melalui ciapan di Twitter mem beritahu rakyat Belarus mereka harus bersedia untuk sebarang senario.

“Untuk meletakkan Belarus di jalan menuju demokrasi dan menghalang Rusia daripada campur tangan,” tambahnya.

“Kita memerlukan masyarakat antarabangsa untuk menjadi proaktif dan pantas.”

Tahun lepas, Lukashenko membenarkan Rusia menggunakan wilayah Belarus sebagai landasan pelancaran untuk serangannya ke atas Ukraine.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU