Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Empat projek infrastruktur untuk penduduk Simunjan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TURUN PADANG...Awla Dris (kanan) mendengar taklimat ringkas ketika melawat salah satu lokasi projek.
TURUN PADANG…Awla Dris (kanan) mendengar taklimat ringkas ketika melawat salah satu lokasi projek.

SIMUNJAN : Sebanyak lebih RM1.2 juta telah diluluskan dibawah peruntukkan Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) untuk empat projek di kawasan Dun Simunjan.

Dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Samarahan, ia melibatkan tujuh buah kampung termasuk Kampung Terasi, Kampung Empelas, Kampung Simunjan Jaya, Kampung Tanjung Harapan, Kampung Tanjung Pisang, Kampung Sedilo dan Kampung Sungai Lingkau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris turun padang bagi melawat serta meninjau pelaksanaan projek-projek terbabit dan turut menyaksikan penyerahannya kepada kontraktor yang dipilih melalui tender terbuka, semalam.

Antara projek tersebut ialah cadangan membina jalan di Kampung Terasi yang merupakan jalan penghubung ke ladang bagi penduduk kampung terbabit.

Jalan yang mempunyai dua elemen itu sepanjang 270 meter dengan kos RM275,625.31 termasuk pembinaan pembetung.

Selain itu, projek cadangan membina titian di Kampung Empelas, Kampung Simunjan Jaya, Kampung Tanjung Harapan dan Kampung Tanjung Pisang.

Kos projek yang mencakupi empat buah kampung terbabit adalah RM250,487.64.

Manakala projek ketiga adalah cadangan membina jambatan konkrit yang menghubung jalan ke kebun nanas Kampung Sedilo dengan kos RM374,194.00 sepanjang 12 meter dan lebar 4.5 meter.

Projek seterusnya adalah cadangan membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Lubuk Jerin Kampung Sungai Lingkau juga sepanjang 12 meter dan lebarnya 4.5 meter dengan kos RM335,168.00.

Terdahulu Awla turut mengingati para kontraktor terlibat agar menyiapkan projek masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan untuk kemudahan penduduk kampung yang terlibat.

Turut sama ke lokasi projek terbabit Penolong Jurutera, Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Samarahan, Mohd. Ikhwan Mohamad Hafipi serta ketua-ketua masyarakat.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News