ARTIKEL

Enam lagi RTP baharu di Parlimen Sarikei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Kerajaan meluluskan enam lagi projek Transformasi Luar Bandar (RTP) baharu di Parlimen Sarikei dalam usaha menyediakan kemudahan kepada rakyat di kawasan itu.

Antaranya termasuklah naik taraf jalan simen di Jalan Hock Hing Sungai Meradong, Jalan Dak Sieng Sungai Bakong dan Jalan Sing Hua, Sungai Bakong selain pemasangan kulvert menuju ke Rumah Minggu Sungai Bakong.

Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, sebahagian besar projek meliputi kawasan kampung dan rumah panjang.

“Ini antara projek yang dilaksanakan pada Disember tahun ini. Saya berharap pelaksanaannya berjalan lancar,” katanya kepada Suara Sarawak hari ini.

Menurut Tiong Sii, setakat ini, pelaksanaan sebahagian besar projek di kawasan Repok berjalan mengikut perancangan.

Sehubungan itu katanya, pemantauan akan sentiasa dilakukan bagi memastikan kesemua projek yang dilaksanakan itu berjalan sempurna dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya akan terus berusaha memenuhi permintaan rakyat bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu penyerahan tapak projek turut melibatkan Majlis Daerah Meradong dan Julau serta pihak kontraktor yang dilantik.

Hadir sama, Penolong Jurutera MDMJ Churchill Barrak.

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri