Empat rumah hangus100 peratus dijilat api

KUCHING: Sebanyak empat buah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Selangan Batu, Sungai Apong, sekitar jam 12.20 semalam.

Difahamkan sebelas mangsa yang mendiami rumah terbabit dilaporkan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku sepanjang kejadian.

Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 12.22 pagi.

“Sebanyak dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian melibatkan Balai Bomba Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya dan BBP Padungan.

“Kita mengambil masa sekitar setengah jam untuk mengawal kebakaran setelah memastikan tiada mangsa yang masih berada di dalam rumah tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, seramai 22 anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman berkenaan selain kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan juga SESCO.

Menurutnya, punca kebakaran tersebut masih lagi dalam siasatan.

Keempat-empat rumah yang terlibat kebakaran hangus 100 peratus dijilat api