ARTIKEL

Empat sekeluarga selamat dalam kejadian kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Jalan Ixora Sarikei.

SARIKEI : Empat sekeluarga terselamat dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Ixora, Kampung Seberang di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira -kira jam 1.50 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 petang.

“Difahamkan, insiden disedari cucu mangsa yang berusia lapan tahun selepas ternampak api di tingkat atas rumah itu. Dia kemudiannya memberitahu anggota keluarga di dalam rumah itu sebelum kesemua mereka bergegas keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba, api masih dalam keadaan marak dan bomba menggunakan kaedah Receo bagi mengelak kebakaran merebak.

Mengulas lanjut, Mahmudin berkata, teknik itu ternyata membuahkan hasil apabila api berjaya dikawal tanpa insiden yang tidak diingini.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.35 petang. Mangsa yang masing-masing berusia tujuh hingga 73 tahun terselamat. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

 

BERITA LAIN

Industri media Malaysia perlu ada acuan sendiri

KUCHING: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri. Beliau berkata mesej itu disampaikan

Bawang Assan perlukan pemimpin baharu

SIBU: Kawasan DUN Bawang Assan sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kawasan itu disifatkannya ‘sudah

Guna salelit ganti menara untuk liputan lebih luas

KUCHING: Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan satelit untuk dijadikan sebagai menara bagi menghubungkan capaian liputan secara terus ke telefon, kata menterinya, Fahmi Fadzil. Menurutnya, teknologi

BERITA TERBARU

Kuching selamat, cantik, pintar

BANDAR raya yang cantik, bersih, tersusun, moden dan lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan sentiasa menarik untuk dikunjungi. Bergantung pada sumber, senarai bandar raya yang