Trending

Empat sekeluarga terselamat dalam kebakaran di Tatau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Empat sekeluarga terselamat apabila rumah jenis separuh kekal yang dihuni mereka ranap dalam kebakaran di Jalan Tatau Sangan, malam tadi.

Mangsa yang masing-masingnya berusia lima hingga 37 tahun dilaporkan sempat menyelamatkan diri dalam insiden kira-kira jam 8.20 malam itu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 8.29 malam.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kejadian melibatkan sebuah rumah setingkat jenis separuh kekal yang musnah hampir 100 peratus.

“Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jurucakap itu berkata, bomba bertindak melakukan operasi pemadaman dengan pancutan sumber air dari pam jentera sehingga kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.20 malam.

“Kita juga melakukan pemadaman susulan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tidak berlaku kebakaran berulang.

” Operasi tamat pada jam 9.35 malam,” ujarnya.

Pasukan bomba melakukan pemadaman bagi mengawal api daripada merebak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru