Empat SJKC di DUN Repok dibaikpulih

SARIKEI: Sebanyak RM259,000 diperuntukan melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN N.45 Repok untuk kerja baikpulih empat buah sekolah di kawasan itu.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Lee yang menerima RM53,000, SJKC Su Lok (RM53,000),SJKC Su Hing (100,000) dan SJKC San Ming (RM53,000).

Kesemua peruntukan itu adalah daripada RTP 2020 kawasan DUN N.45 Repok.

Sehubungan itu, ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang meninjau sendiri keadaan sekolah berkenaan di samping mengenalpasti keperluan mereka.

Peruntukan yang disalurkan itu katanya, membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat isu berkaitan pendidikan termasuk di sekolah Cina.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pemantuan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan sempurna.

“Saya juga berharap supaya peruntukan tambahan disalurkan supaya semua sekolah daif yang dikenalpasti termasuk di DUN N.45 Repok dapat dibina semula tanpa perlu melalui terlalu banyak kerenah birokrasi.

“Dalam hal berkaitan, kita di Sarawak sangat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang memahami soal ini (pendidikan),” katanya.

Suara Sarawak