ARTIKEL

Empat titik panas hutan belukar terdedah risiko kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Sekurang–kurangnya empat titik panas hutan belukar di daerah ini dikenal pasti berisiko terdedah kepada kebakaran semasa cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, kawasan terbabit ialah Selalang, Sare, Sungai Minah dan Kim San.

Malah katanya, ada antaranya terdiri daripada tanah gambut yang menyukarkan operasi pemadaman jika berlaku kebakaran.

“Setakat ini, kita mengadakan rondaan dan pemantauan di lokasi yang dikenal pasti, di samping menyerahkan risalah kesedaran kepada orang ramai.

“Ia merupakan langkah pencegahan awal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat Sarikei tidak melakukan pembakaran terbuka atau membuang punca api dengan sesuka hati.

Pada masa sama, semua penduduk diminta untuk bersama-sama menjaga alam sekitar dan membuat laporan segera sekiranya ada sebarang kebakaran.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa