Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Empat tokan dadah warga asing ditangkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

BINTULU: Empat tokan dadah warga asing ditangkap terlibat dalam kegiataan pengedaran dan penyalahgunaan dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Bartholomew Umpit berkata, keempat-empat suspek berusia lingkungan 21 hingga 44 tahun itu ditangkap dalam Ops Tapis Khas Se-Malaysia oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Bintulu di hotel bajet, Jalan Pedada, di sini.

Katanya, kesemua suspek ditangkap untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga asing dengan rampasan dadah jenis syabu seberat 6.6 gram, manakala tiga lagi suspek dengan 24.5g dadah jenis syabu turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, siasatan awal dipercayai dadah tersebut untuk pengedaran di sekitar kawasan bandar dan ladang untuk kegunaan sekitar 150 orang penagih.

Tangkapan tersebut, tegasnya, merupakan usaha berterusan PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, khususnya di Bintulu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh memaklumkan kepada IPD Bintulu di talian 086-318304,” katanya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru