ARTIKEL

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Enam ahli Bersatu terima notis berhenti serta-merta hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Notis berhenti serta-merta keahlian parti diserahkan kepada enam wakil rakyat Bersatu hari ini kerana didakwa melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas dan dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat semalam.

Selain itu, keahlian Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pula berhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu dan notis terhenti secara serta-merta keahlian dihantar kepada beliau pada 17 Mei, menurut Hamzah.

“Kesemua proses ini dilakukan dengan menepati lunas perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntuk bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Selain Suhaili, enam lagi wakil rakyat terlibat ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari. – Bernama

BERITA LAIN

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan. Presidennya,

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya