KUCHING: Enam buah keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kejadian banjir, hari ini.

Pemindahan melibatkan empat keluarga dari Kota Samarahan dan dua daripadanya merupakan penduduk di kawasan Batu Lintang Kuching.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan berkata setakat tengah hari ini pihaknya telah menjalankan operasi pemindahan melibatkan seramai 89 mangsa banjir secara keseluruhan ke PPS Kota Samarahan, Batu Lintang dan Petra Jaya.

Tambah kenyataan itu, sejumlah empat buah PPS telah dibuka sebagai persediaan untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir sekiranya air masih dalam keadaan menaik.

“Di Kota Samarahan ada dua PPS iaitu dewan Kampung Kuap dan rumah keluarga Kampung Tegui.

“Manakala di Batu Lintang kita menempatkan mangsa di Kampung Sinar Budi dan untuk Petrajaya mangsa akan dipindahkan ke Dewan Taman Malihah,” jelas kenyataan itu.

Suara Sarawak