KUCHING: Daerah Lubok Antu kembali ke status hijau hari ini setelah tiada kes positif Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau di Sarawak meningkat kepada enam daerah.
“Selain Lubok Antu, daerah lain yang masih berstatus hijau adalah Marudi, Matu, Sebauh, Julau dan Limbang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah JPBN, daerah Subis pula telah kembali ke status jingga daripada merah setelah merekodkan 39 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Sementara daerah Betong telah bertukar ke status jingga setelah merekodkan 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya.