ARTIKEL

Enam daripada 100 BELIA mengaku pernah ambil dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berusaha mengesan sekitar 1.097 juta penagih dadah di seluruh negara untuk memberi rawatan dan pemulihan.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 66 peratus ialah golongan belia berumur antara 19 dan 39 tahun.

Angka ini dilihat membimbangkan sekali gus mengukuhkan kajian bahawa daripada 100 belia di negara ini, enam mengaku pernah mengambil dadah dan empat mengaku masih aktif.

Lebih membimbangkan apabila gejala ini turut berkembang seiring kemajuan teknologi apabila penjualan dadah secara dalam talian didapati semakin popular di negara ini.

Malah, terdapat pembelian menerusi aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp.

Susulan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, memohon KDN dan AADK memantapkan usaha koordinasi di antara agensi berkaitan bersama-sama berganding bahu merangka, menyusun inisiatif agar gejala dadah dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Baca lain  Lebih santai, pelanggan selesa

Statistik anggaran jumlah penagih dadah keseluruhan meningkat kepada 1,097,408 dan daripada jumlah tersebut 1,051,712 ialah lelaki dan wanita berjumlah 45,696.

Lebih menyedihkan apabila daripada jumlah tersebut, 328,640 berumur 15-29 tahun.

Rampasan dadah

Justeru, statistik penglibatan golongan belia ini dilihat seolah-olah dadah itu mudah didapati di dalam negara.

Bagi di Sarawak, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Sarawak mencatatkan rampasan dadah terbesar di Sarawak tahun ini melibatkan 768.5 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM47.2 juta dalam lima serbuan.

Dadah yang dirampas ialah jenis Methylenedioxy methamphetamine, ketamin dan pil Eramin 5 yang boleh digunakan seramai 2.5 juta penagih.

Hasil siasatan mendapati dadah itu dibawa masuk dari Brazil dan Taiwan untuk pasaran di Sarawak.

Dadah tersebut dirampas di pusat hiburan, tiga premis dijadikan stor penyimpanan dadah dan satu lagi serbuan di kawasan bebas.

Mungkin timbul persoalan, bagaimana dadah tersebut melepasi sempadan negara?

Adakah ia jumlah keseluruhan atau masih terdapat sisa sindiket dadah di Sarawak?

Baca lain  Persediaan rumah hadapi musim hujan

Memandangkan dadah merupakan isu global, sukar untuk kita mencari kayu ukur membendung gejala ini.

Namun, berdasarkan teori asas, adanya sesuatu barangan disebabkan adanya permintaan.

Bermakna, ada permintaan dadah di Sarawak atau negara sekitar.

Jumlah dadah tersebut juga terlalu besar berbanding jumlah penagih di Malaysia.

Boleh jadi ia digunakan untuk permintaan penagih tempatan atau disalurkan ke negara lain.

Justeru secara teori tersebut, kurang permintaan dadah membawa kepada kuranya penawaran dadah di kawasan tersebut.

KESEDARAN DARI RUMAH

Jadi, apakah inisiatif terbaik untuk mengurangkan permintaan barangan tersebut? 

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 menjelaskan keluarga merupakan unit asas yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah individu.

Antara faktor atau punca penagihan adalah disebabkan masalah yang berlaku dalam keluarga tanpa kita sedari.

Justeru, jaga keluarga dengan tingkatkan faktor pelindung daripada risiko penyalahgunaan dadah.

Pencegahan awalan dapat menyelamatkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga kita.

Peranan ibu bapa itu sendiri penting untuk memberi pendedahan awal bahaya dadah dalam kehidupan.

Baca lain  Jelajah Kembara Kenali Borneo

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 turut meluluskan pelaksanaan kempen Satu Juta skuad Antidadah menjelang Jun 2024.

Usaha itu bagi meningkatkan kesedaran semua pihak berhubung kesan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang melalui program yang digerakan sukarelawan AADK.

Sutekno berkata, kempen berkenaan diadakan untuk menggiatkan program dan aktiviti gaya hidup sihat sekali gus berperanan sebagai agen perubahan kepada keluarga dalam penyampaian mesej Pencegahan Dadah Bermula di Rumah.

Usaha ini bertujuan menambah keahlian Skuad Antidadah sebanyak 10 peratus daripada jumlah belia di Malaysia, melindungi belia daripada ancaman dadah dengan keahlian dan aktiviti Skuad Antidadah di 176 daerah di seluruh negara.

Justeru, pelaksanaan kempen ini juga digerakkan untuk menjadi faktor pelindung kepada belia sekali gus berupaya meningkatkan minat menganggotai badan sukarelawan tersebut.

Bersama-sama kita pastikan belia kini dan masa depan bebas daripada pengaruh dadah.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk