Trending

Enam episod hujan lebat di Sarawak bermula Disember

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan Pixabay

KUCHING: Sarawak bersiap siaga dalam pelbagai aspek bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka membawa enam episod hujan lebat berisiko mengakibatkan banjir.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia termasuk memastikan semua aset serta logistik siap siaga menghadapi musim itu susulan sejumlah 154 lokasi titik panas banjir dikenal pasti di seluruh Sarawak pada tahun ini.

“Selain daripada banjir di daratan, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora.

“Ini membawa risiko kenaikan paras air laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. Oleh itu, bot-bot yang ingin ke laut juga dinasihati untuk melihat dan memantau keadaan cuaca terlebih dahulu,” katanya, semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan menghadapi MTL yang bermula pada 11 November lalu sehingga Mac 2024.

Mengulas lanjut ujarnya, JPBNS bersama pihak Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 5,501 dibantu pelbagai aset logistik darat, udara, laut dan sungai.

Beliau memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga memastikan kapasiti bekalan makanan mencukupi disimpan di semua depo simpanan, stor pejabat dan Pangkalan Hadapan. Selain sebanyak 627 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang boleh menempatkan seramai 162,091 mangsa bencana sedia diaktifkan pada bila-bila masa.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, dalam tempoh MTL ini, sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat signifikan dijangka berlaku dan boleh mengakibatkan banjir.

Jelasnya, episod hujan lebat mulai Disember ini hingga Januari tahun depan dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak, manakala Kelantan, Terengganu dan Pahang antara bulan November hingga Disember.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

25 Nov 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol