ARTIKEL

Dari kiri; Bibi Aishah, Mae Chen, Afrita Ariany, Mumtaz Jaafar, Alwiyah dan Tiffani menunjukkan jam Bijoumontre edisi ‘Around The World’ pada Majlis Makan Malam 'Time to Shine'. - Foto BERNAMA

Enam ikon wanita sukan terima jam berharga RM16,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Memang benar mungkin waktu tidak dapat dibeli namun melalui ‘mesin masa’ jiwa enam ikon wanita yang memeriahkan industri sukan negara ini umpama ‘dibeli’ apabila menerima jam tangan berharga RM16,000 bersempena Hari Wanita Antarabangsa.


Inisiatif digerakkan jenama jam terkemuka, Bijoumontre ini adalah bagi menghargai peranan dan sumbangan wira yang mendedikasikan seluruh jiwa dan raga mereka dalam bidang sukan.

Enam penerima jam Bijoumontre edisi ‘Around The World’ ialah Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar (RM 16,000), Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah (RM16,000) dan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib (RM16,350).

Turut menerima hadiah berkenaan ialah Ahli Majlis Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen (RM16,350), bekas atlet gimrama kebangsaan, Afrita Ariany Nasril (RM16,350) dan Ahli Lembaga Persatuan E-sukan Antarabangsa (IESF) Tiffani Lim (RM16,000).

Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel di sini yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mira Watch International Ltd., Amy Chow dan Pengarah Omne Connie Gan.

Baca lain  Kerjasama erat pacu pembangunan Daerah Simunjan

Sementara itu, Afrita Ariany mengucapkan syukur apabila segala pengorbanan serta penat lelah dalam dunia sukan berbaloi dengan penerimaan hadiah berkenaan.

“Saya berbesar hati menerima anugerah malam ini, rasa berbaloi dengan pengorbanan dan ia bukan perjalanan mudah untuk mengejar minat saya dalam sukan. Saya menjadi gimnas selama 18 tahun dan kemudian 24 tahun dalam bidang pengurusan, kejurulatihan, pengadilan dan kini dalam MOM,” katanya kepada Bernama.

Mumtaz, bekas ratu pecut negara era 80-an yang menuai pingat emas acara 100 meter di temasya Sukan SEA Manila 1981, turut menzahirkan perasaan sama apabila beliau masih diingati sehingga kini.– BERNAMA

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh