ARTIKEL

Pasukan BBP Petra Jaya mempersiapkan bot untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang terperangkap di kawasan paya berhampiran jeti Rambungan di sini akibat air pasang ketika ini.

Enam individu terperangkap di kawasan paya akibat air pasang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Enam orang yang menjalankan aktiviti merentas hutan terperangkap di kawasan paya berhampiran jeti Rambungan di sini akibat air pasang ketika ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 1.25 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima dari mangsa, mereka terperangkap di kawasan paya semasa menjalankan aktiviti merentas hutan melalui gigi sungai di kawasan berhampiran jeti Rambungan.

“Keadaan air semakin naik menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kawasan paya tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menjelas lanjut, beliau berkata kesemua mangsa kini masih berada di lokasi terakhir yang diberikan melalui “Whatsapp” dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan.

Katanya mangsa tidak dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan hanya boleh dihubungi melalui “WhatsApp”.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau