ARTIKEL

Enam jalan utama di Kuching tutup Ahad ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TUTUP… Kenyataan media penutupan enam jalan utama.

KUCHING: Sebanyak enam jalan utama di pusat bandar raya akan ditutup sementara pada Ahad ini sempena penganjuran program Pagi Bebas Kenderaan Kuching.

Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Mohamed Khaidir Abang berkata, enam jalan tersebut ialah Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Pearl, Jalan Barrack, Jalan Main Bazaar, Jalan Wawasan dan Jalan Taman Budaya.

“Kesemua jalan tersebut akan ditutup kepada semua kenderaan bermula pukul 6 hingga 10 pagi pada hari program berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Khaidir, objektif penganjuran program berkenaan adalah untuk membantu mengurangkan kadar pelepasan karbon serta kesesakan jalan selain menggalakkan gaya hidup cergas dan hijau.

Selain itu katanya, ia juga bagi memberikan kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar dan mewujudkan ruang interaksi dan aktiviti bagi warga kota.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pengguna jalan raya mematuhi arahan papan tanda yang disediakan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pemangku Ketua Bahagian Keselamatan DBKU, Lim Sim kiat di talian 082-495048.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit