Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Enam jenis kanser paling kerap dikesan di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Fadillah menyempurnakan Kempen Kesedaran Saringan Kanser 2023 Peringkat Parlimen Petra Jaya, di Kuching, hari ini. FOTO: Ramidi Subari

KUCHING: Terdapat enam jenis kanser yang paling kerap di kesan di Sarawak dan kebanyakannya hanya diketahui pada tahap akhir, iaitu tahap tiga dan empat.

Antaranya tiga jenis kanser yang paling kerap dikesan dalam kalangan lelaki di negeri ini adalah kanser saluran pernafasan termasuk paru-paru dengan sebanyak 14.3 peratus, kanser nasofarinks atau pangkal hidung (13.9%) dan kanser kolorektal (12.7%).

Manakala bagi kaum wanita pula, kanser tertinggi adalah kanser payudara sebanyak 20.9 peratus, diikuti kanser pangkal rahim sejumlah 12.6 peratus dan kanser kolorektal sebanyak 9.5 sebanyak.

Datuk Seri Fadillah menyempurnakan Kempen Kesedaran Saringan Kanser 2023 Peringkat Parlimen Petra Jaya, di Kuching, hari ini. FOTO: Ramidi Subari

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, berdasarkan pengalamanya sebagai wakil rakyat pesakit kanser bukan hanya menderita daripada segi kewangan, tetapi juga emosi.

“Saya banyak berdepan dengan mereka yang menderita penyakit kanser yang memerlukan bantuan dan perhatian khasnya masyarakat yang tinggal di kawasan Parlimen Petra Jaya ini. Kebanyakan masalah kanser ini dikesan pada tahap yang agak lewat, iaitu tahap tiga dan tahap empat.

“Sehubungan itu, saya menggesa orang ramai untuk mula mengamalkan gaya hidup lebih baik termasuk penjagaan pemakanan kerana menurut kajian, sebanyak 30 perauts kanser boleh dicegah dengan pembudayaan gaya hidup seharian yang sihat,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian pada Kempen Kesedaran Saringan Kanser 2023 Peringkat Parlimen Petra Jaya, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya Kerajaan Persekutuan mempromosi pembudayaan hidup sihat sebagai mekanisma pencegahan utama merupakan salah satu agenda utama dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sejak 2001.

Dalam pada itu katanya, pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Rokok diharap akan dibentangkan dalam tahun ini.

“Saya dimaklumkan akta tersebut sedang diusahakan oleh pihak KKM dan bakal dibentangkan di Parlimen dalam tahun ini. Ia penting demi kesihatan awam,” tegasnya.

Untuk rekod, kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dengan jumlah kes baharu meningkat setiap tahun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam tempoh dua dekad, jumlah kes baharu kanser telah meningkat dari 10 juta pada tahun 2000 kepada 19.3 juta pada tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 93 peratus.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News