ARTIKEL

Enam kawasan di Sarawak dijangka terjejas akibat cuaca buruk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Enam bahagian di seluruh Sarawak dijangka mengalami cuaca buruk termasuk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan, enam lokasi (bahagian) di Sarawak yang dikenal pasti ialah Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan bahagian Mukah.

“Kawasan dijangka terjejas ialah Simunjan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga jam enam petang,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada jam 3.50 petang, hari ini.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Sementara itu, kawasan lain yang turut dinyatakan terjejas ialah di Johor.

Antaranya Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais