ARTIKEL

Gambar Hiasan

Enam kes rabies positif dikesan sepanjang Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Enam kes rabies positif telah dikesan di beberapa kawasan termasuk di Sibu dan kawasan sekitar Kuching pada bulan ini.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr. Adrian Susin Ambud, kawasan terjejas rabies dan bilangan kes telah meningkat baru-baru ini.

“Antara kawasan yang turut terkesan di Kuching ialah Taman Lovelyland, Jalan Batu Kawa, Ladang Bayang, Taman Seng Goon, Batu 3 ½ Jalan Penrissen, Jalan Ajibah Abol, dan Jalan Bintawa, Kampung Bintawa.

“Manakala, kawasan di Sibu yang turut terjejas ialah Jalan Belatok Utara 4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Adrian, JPVS Sarawak telah memperkukuhkan program vaksinasi antirabies di seluruh Sarawak untuk pemilik anjing di Bintulu, Miri, dan Serian susulan peningkatan kes rabies yang berlaku dan akan berlangsung pada 19 dan 20 Ogos ini.

Tambahnya, program tersebut akan diadakan di kawasan Padang Awam Miri dari 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari.

“Bagi kawasan Serian, program tersebut akan diadakan sekali gus dengan Program Pemberian Lesen dan Mikrocip di dewan pelbagai guna SJK Chung Hua dari 8 pagi hingga 3 petang, pada 19 Ogos,” katanya.

Selain itu kata Adrian, pada tarikh yang sama di lokasi yang berbeza, vaksinasi rabies dari rumah ke rumah akan diadakan di kawasan antara Batu 7 hingga Batu 9, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu dari 8 pagi hingga 5 petang.

Program sama turut dijalankan di dewan awam Sepupuk Niah, Miri pada 26 dan 27 Ogos dari 9 pagi hingga 4 petang dan sekitar kawasan Bukit Engkerbai dan Lubok Bemban, Mukah pada 26 Ogos iaitu dari rumah ke rumah bermula 9 pagi hingga 4 petang.

BERITA LAIN

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200