KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam kawasan di negeri ini.
Katanya dua kawasan penempatan di Tatau iaitu Kuarters Pekerja Camp Power Bright (KTS Timber) dan Rumah Amin Batot, Sungai Kelawit dikenakan PKPD bermula hari ini hingga 13 Julai.
“Tiga rumah panjang di Saratok iaitu Rumah Milai, Emplaie Ili, Rumah Mang, Sungai Wong, Roban, dan Rumah Changgie, Sungai Brayang, Roban dikenakan PKPD bermula 1 hingga 14 Julai.
“Manakala PKPD di Rumah Ngelai, Sungai Stok, Sarikei bermula 1 hingga 17 Julai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, JPBN turut melanjutkan PKPD di sembilan kawasan rumah panjang di Sungai Rassau, Batang Igan, Matu bermula 3 hingga 16 Julai.
“Ini termasuk Rumah Salim Unang, Rumah Judy Kudi, Rumah Mathew Merang, Rumah Daggang Ujang, Rumah Lait Ijang, Rumah Chandi Kilau, Rumah Putit Jugah, Rumah Sadin Jeli dan Rumah Mador Rendah,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, JPBN mendedahkan PKPD di tujuh kawasan penempatan ditamatkan bermula 29 Jun.
Ia melibatkan PKPD di Rumah Ulen Segaya, Nanga Tekalit Tatau, rumah sewa sebelah kedai MDS Mart Samalaju Bintulu dan Kuarters Pekerja Rich Drive, Bintulu
Selain itu di Rumah Lium, Skim B, Bintangor, Meradong Rumah Linggang, Sungai Rayah, Bintangor, Meradong, Rumah Jalang, Nanga Bayu, Ulu Entaba, Julau dan Kampung Serikin, Bau.