Trending

Enam lelaki termasuk remaja didenda kerana sabung ayam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang remaja lelaki dijatuhi hukuman denda RM200 atau penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti sabung ayam.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 19 tahun selepas pendengaran laporan sosial oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia bersama-sama lima lelaki lain telah hadir ke sesi sabung ayam tanpa lesen di kawasan lapang, Jalan Ming Chung, Batu Kawa, 4 Disember 2022.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Peraturan 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganaiyaan Terhadap Binatang 1952 dan dihukum di bawah Peraturan 5(1) Akta yang sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak mengetuai pasukannya pergi ke kawasan lapang di Jalan Ming Chung, Batu Kawa, kerana dipercayai terdapat aktiviti sabung ayam.

Terdahulu, di mahkamah yang sama lima orang lelaki tempatan yang juga ditangkap semasa kejadian kes sama dijatuhi hukuman denda RM500 atau penjara dua minggu.

Mereka ialah Lim Chai Su, 32, Aloysius Jimie, 33, Mixwell Andrew Pidin, 26, Jonie Bakak, 30, dan Petrus Agit, 22, mengaku bersalah atas pertuduhan yang sama yang dikenakan terhadap pesalah muda itu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol