ARTIKEL

Enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEREMBAN: Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua yang ditahan itu, berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun dan direman empat hari bermula semalam.

“Siasatan mendapati sindiket ini beroperasi sejak awal Mac dan menggunakan sebuah rumah sebagai pusat panggilan untuk aktiviti pelaburan tersebut, menerusi aplikasi ‘Pinduoduo’ dan ‘QQ’.

Sindiket ini menyasarkan rakyat China sebagai mangsa dan menjadikan kawasan perumahan berpagar sebagai hostel dan pejabat operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu perlu mendapatkan mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan emas dan ubat-ubatan, yang kononnya wujud di China.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh