KOTA SAMARAHAN: Sebanyak enam lokasi bazar di kawasan Kota Samarahan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadan bermula 3 April ini.
Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata, pihaknya meluluskan enam lokasi terbabit iaitu DUBS Uptown Desa Ilmu, Bazar KAMEK Miak Sarawak, Bazar Stakan, RH Park Batu 9, Bazar TTK Mart Asajaya dan Bazar Doraemart di Taman Samarindah Baru.
“Dalam pada itu, pihak kita menjangkakan lebih banyak permintaan bagi pembukaan bazar di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya.
“Namun, hanya permintaan daripada badan yang diiktiraf atau jawatankuasa bertanggungjawab akan dipertimbangkan bagi memastikan keselamatan awam, kebersihan, pengurusan pembaziran dan penjagaan rapi setiap bazar,” katanya.
Menurutnya, pihak MBKS berbesar hati kerana ramai yang menyertai bazar Ramadan di Samarahan kerana ia menambah kemeriahan sambutan bulan puasa di kawasan tersebut.