Trending

Enam mangsa terperangkap dalam kebakaran diselamatkan tanpa kecederaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Enam mangsa terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berjaya diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan sebuah hotel di Lorong Emplam, Jalan Kampung Nyabor di sini, hari ini.

Ketua Bomba Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran bangunan (bilik hotel) tersebut pada jam 9.13 pagi.

ANGGOTA bomba menyelamatkan salah seorang mangsa yang terperangkap.

Beliau menambah, mangsa berada di bahagian beranda luar hotel dan di tepi tingkap.

“Pasukan bertindak menyelamat mangsa menggunakan tangga sementara itu satu aliran 200 kaki 1 nozel dan 2 salur bantu mula digunakan untuk melakukan pemadaman.

“Kesemua enam mangsa berjaya diselamatkan dan tiada kecederaan dilaporkan. Selesai operasi pemadaman, pemantaun dilakukan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya.

Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan dan pasukan bertolak balik ke balai pada jam 10.23 pagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru