SEBUYAU: Dua belas pasukan turun beraksi pada hari pertama Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Haji Julaihi Narawi 2023 (Menteri Utiliti Dan Komunikasi & ADUN Sebuyau) di padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau semalam.
Bagaimanapun, hanya enam pasukan berjaya mara ke pusingan kedua selepas mengatasi lawan masing-masing.
Perlawanan yang mencuri tumpuan membabitkan finalis tahun lepas iaitu Tedong Melancar dan Abok 81 FC.
Seperti diramal, mudah bagi skuad serba mantap itu (Tedong Melancar) yang turut diperkuat bekas penyerang tersohor Sarawak, Zamri Morshidi dan Adun Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo apabila menang mudah (3-0).
Sementara, lima lagi perlawanan turut berlangsung dan memperlihatkan kehebatan beberapa pasukan lainnya.
Kemenangan besar (5-0) berjaya diperoleh pasukan Tumela ke atas Boiler Legendary. Di samping, satu lagi kemenangan besar (6-1) dicatat pasukan VS FC terhadap Borneo Veteran.
Tiga lagi perlawanan lain menyaksikan kemenangan (2-1) dicatat Kveta IX FC terhadap PLV FC.
Selain kemenangan (5-1) dicatat Lariwoo FC ke atas Mix Beladin. Tidak ketinggalan, pasukan Bimajaya Vet23 turut berjaya mara ke pusingan kedua menerusi kemenangan (4-1) dicatat ke atas Selangking FC.