ARTIKEL

Enam pasukan rebut slot suku akhir Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Julaihi Narawi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Pusingan kedua Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Julaihi Narawi 2023 yang bersambung pada hujung minggu lepas berlangsung rancak.

Empat perlawanan berlangsung pada hari Ahad lepas. Seperti yang diramal, mudah buat dua finalis tahun lalu Armada SV dan Tedong Melancar mara ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing.

Juara bertahan memastikan slot ke suku akhir selepas mencatat kemenangan (2-0) ke atas Kabitra FC.

Berbanding kemenangan besar (5-1) diperoleh naib juara musim lalu, Tedong Melancar ke atas Kveta IX FC.

Dua lagi perlawanan turut berlangsung hari yang sama. Tumpuan peminat kepada penampilan bergaya Lariwoo V FC tatkala mencatat kemenangan (5-1) terhadap Dejavu FT. Selain kemenangan (2-0) diperoleh SBM FC ke atas VS FC.

Pengerusi Kejohanan, Osman Jamel memberitahu, empat slot ke suku akhir sudah pun diketahui.

Berbanding, tiga lagi slot yang masih belum terisi dan akan dapat diketahui sebaik selesai perlawanan membabitkan enam pasukan terlibat pada Sabtu ini.

“Enam pasukan akan beradu nasib pada Sabtu ini untuk pemburuan slot ke suku akhir. Bimajjaya Vet23 akan menentang BFA Beliong pada jam 2 petang.

“Diikuti pertembungan Bersau Hati dan Ensengei Vet FC jam 3:15 petang, selain perlawanan antara Tumela dan V-Foss pada 4:15 petang,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan