Enam penagih dadah dicekup

KUCHING: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menahan enam penagih dadah dalam Ops Bersepadu 16 Ogos lalu.

Menurut Ketua Operasi En lalang, operasi tersebut dijalankan di Kampung Pulau Salak pada jam 8.00 malam hingga 12.45 pagi menahan lima lelaki seorang wanita.

Katanya, dalam operasi tersebut, kesemua suspek yang ditahan didapati positif dadah Methamphetamine dalam saringan awal ujian air kencing.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia 20 tahun ke 30 tahun dan disiasat dibawah seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

Suara Sarawak