ARTIKEL

Fatimah (empat kanan) menyampaikan Anugerah Khas Pendidik Ikon 2024 SeDidik Sarawak kepada Grape (tiga kiri).

Enam pendidik terima Anugerah Khas Pendidik 2024 Sedidik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai enam pendidik menerima Anugerah Khas Pendidik 2024 SeDidik Sarawak pada Majlis Sambutan Hari Guru, Hari Raya Aidilfitri dan Pra-Gawai SeDidik Zon Bintulu yang diadakan di salah sebuah hotel terkenal di sini semalam.

Antara penerima adalah Grape Nisit dari Tadika SeDidik PPR Batu Gong, Siburan yang menerima Anugerah Pendidik Ikon, Sebia Kassim (TADIKA SeDidik Kampung Luak, Miri) bagi Anugerah Paling Dedikasi, Setia dan Perkhidmatan Paling Lama, serta Roziana Kapawai (TADIKA SeDidik Lembah Hijau, Miri) yang menerima Anugerah Pendidik bagi Pendidikan Inklusif.

Sementara itu, Nurahi Awang Mahmud dari Pusat TADIKA SeDidik Semariang Batu menerima Anugerah Pendidik Bagi Digital Transformasi, Yanti Boharie (Anugerah Pendidik Inovatif) dan Connisana Mau (Anugerah Pendidik Berwibawa).

Anugerah disampaikan kepada penerima oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Terdahulu, Pengurus Besar SeDidik Sarawak, Ayub Dahari, menyeru kepada para penerima anugerah untuk teruskan mengekalkan komitmen dan prestasi mereka agar menjadi penanda aras bagi rakan-rakan lain untuk mencapai prestasi cemerlang.

Fatimah (empat kanan) menyampaikan Anugerah Khas Pendidik 2024 SeDidik Sarawak(Anugerah Paling Dedikasi, Setia dan Perkhidmatan Paling Lama) kepada Sebia (empat kiri).

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan