Enam peniaga di kompaun gagal pamer tanda harga merah jambu

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Miri mengeluarkan enam kompaun atas kesalahan tidak mempamerkan penanda harga merah jambu.

Ketua KPDNKK Miri Joe Azmi Jamil berkata, tindakan telah diambil dari tempoh 21 April hingga Khamis (6 Mei) terhadap peniaga di sekitar bandar raya Miri.

“Sebanyak enam kes dengan nilai kompaun RM1,200 di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan (AKHAP) 2011 kerana gagal meletakkan penanda harga berwarna merah jambu pada barang kawalan tersebut,” katanya di sini semalam.

Susulan itu, Joe Azmi menasihati peniaga yang menjual barangan kawalan pada musim perayaan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan atau mereka bakal dikenakan tindakan tegas.

Sementara itu, sejumlah 23 barangan telah di senarai dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 6 hingga 20 Mei depan. Selain empat kategori yang di umum sebelum ini iaitu ayam, telur ayam, daging dan hasil laut, terdapat 14 barangan tambahan di bawah skim itu

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 08 Mei 2021

Suara Sarawak