ARTIKEL

SUFFIAN IBRAHIM

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini.

Tiga perlawanan melibatkan pasukan dari jiran tetangga, Sabah. Di samping, tiga lagi perlawanan yang membabitkan kelab
handalan dari Semenanjung.

“Untuk program jelajah kita, pemain akan dibawa ke Sabah dan menentang tiga pasukan pilihan dari negeri di bawah bayu itu,” ujar Suffian kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, tarikh cadangan untuk siri jelajah ke Sabah itu bermula dari 1 hingga 6 Mei depan.

Bagaimanapun selepas itu, kita akan terbang ke Semenanjung untuk menentang pasukan dari sekitar Lembah Kelang iaitu Selangor, Kuala Lumpur serta kelab handalan di sana.

Latihan pusat pemain sudah bermula dua minggu lepas dan hampir kesemua pemain ikut serta.

“Hanya beberapa orang pemain yang belum dapat menyertai kem latihan kerana masih terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” tambah Suffian lagi.

BERITA LAIN

Zii Jia lepasi pusingan pertama BAC 2024

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini. Juara

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36