ARTIKEL

Julaihi (dua kiri) menerima cenderamata daripada Pengurus Besar LAS, Abdul Malik Abdullah (tiga kanan), selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Salim di Sibu, hari ini.

Enam projek penambahbaikan bekalan air Sibu dengan peruntukan RM133 juta dijangka siap pada 2028

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebanyak enam projek penambahbaikan bekalan air di sini telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, berkata ia terdiri daripada ‘laying of dedicated mains’ dari Stesen Penggalak Teku ke Jalan Teku Pasai, pembinaan tangki simpanan Rantau Panjang, sambungan saluran paip dari Ulu Oya Lama ke bahagian tebing barat Sibu, dan pembinaan tangki simpanan kawasan barat Sibu.

Projek lain adalah peletakan sesalur agihan sepanjang Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, ‘laying of dedicated mains’ dari Jalan Tunku Abdul Rahman ke Jalan Kemuyang, pembinaan tangki simpanan Kemuyang, sambungan saluran paip sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, dan pembinaan tangki simpanan Ulu Sungai Merah.

Menurut Julaihi, semua projek tersebut akan dilaksanakan oleh Lembaga Air Sibu (LAS).

“Kesemua enam projek ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM133 juta sedang dalam peringkat pelantikan perunding, siasatan tapak, kerja-kerja ukur serta reka bentuk, dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2028.

“Pelaksanaan kesemua projek ini nanti akan menambah baik bekalan air di kawasan Kemuyang, Jalan Ulu Sungai Merah, Pasai Siong dan Bawang Assan setelah projek disiapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Salim di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi masalah gangguan bekalan air di Sibu Jaya, menurutnya, Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Salim ini juga akan menambah baik bekalan air buat jangka panjang di kawasan Sibu Jaya dan sekitarnya.

“Hingga kini, sebahagian besar masalah bekalan air di kawasan Sibu Jaya telah berjaya diselesaikan menerusi pembinaan paip berdiameter 1,000 milimeter (mm) sepanjang 1.92 kilometer dari Loji Rawatan Air Salim ke persimpangan Farley di bawah skop projek ’Proposed Water Supply Kanowit Phase 2 (Stage 2) Sibu Division’ yang telah disiapkan pada tahun 2022.

“Projek ini telah dapat menyelesaikan masalah tekanan air di Flat Sibu Jaya di tingkat bawah dan tingkat satu yang sudah mendapat bekalan air kecuali tingkat dua dan tiga yang masih menghadapi masalah tekanan air rendah, terutama semasa waktu puncak,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu.

Julaihi turut memaklumkan, antara punca masalah bekalan air di Flat Sibu Jaya adalah penyalahgunaan pam air secara berleluasa dan kepadatan penduduk yang tinggi mendiami Flat Sibu Jaya.

Bekalan air di Flat Sibu Jaya akan dapat diselesaikan sepenuhnya dengan pelaksanaan dua projek iaitu ‘Renewal of 110 mm High Density Polyethylene (HDPE) Pipeline at Sibu Jaya Flats’ dan ’Laying of New Dedicated 300 mm Ductile Iron (DI) Pipe to Sibu Jaya Booster Station No. 1’ yang dijangka siap pada suku pertama tahun 2025, katanya.

Bagi perancangan jangka panjang, dedahnya, cadangan untuk membina Tangki Simpanan Air baharu di Sibu Jaya telah dikemukakan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi mendapatkan kelulusan.

“Tangki simpanan air baharu ini kelak adalah bagi menampung keperluan permintaan air jangka panjang seiring dengan pembangunan yang kian pesat di Sibu Jaya,” tegas Julaihi.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya